2014年10月4日星期六

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary



  • Nama: Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary
  • Tempat lahir: Alor setar, Kedah
  • Tahun lahir: 1951
  • Mula berniaga: umur 19 tahun (jual lembu dan kerbau)
  • ke-7 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
  • Antara syarikat miliknya: MMC, BERNAS, Gardenia, DRB-Hicom,Bank Muamalat
  • Kereta: Proton Perdana

Sebab Memilih Beliau Untuk Blog Saya

Di Malaysia, terdapat ramai usahawan yang telah berjaya dan terkenal sehingga ke dunia. Usahawan pertama yang saya ingin kongsikan ialah Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Nor Al-Bukhari. Saya memilih beliau sebabnya beliau seorang yang tidak lupa diri walaupun sudah kaya raya dan berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan. Beliau juga tidak lupa menyumbangkan kepada sosial seperti menubuhkan Yayasan Al-Bukhary kepada 3000 orang pelajar setahun yang berjaya ditawarkan oleh institusi pengajian.

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan jutawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Beliau ialah Pengerusi Yayasan Albukhary. Pada 2008, beliau diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah 1429H peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Beliau seorang yang suka berahsia serta pernah dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009.

Proses Pembangunan Perniagaan
Beliau dilahirkan pada tahun 1951 di Alor Setar, Kedah dan mempunyai tujuh orang adik-beradik.  Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam serba kekurangan pada usia mudanya. Atas faktor kesempitan hidup, beliau hanya mampu bersekolah hingga ke Tingkatan Lima untuk memberi laluan kepada adik-beradik yang lain meneruskan pelajaran. Sekitar tahun 1960-an, beliau bermula membantu ibu dan bapanya menjual lembu dan kerbau. Walaubagaimanapun, perniagaan lembu mereka telah gagal sebab wabak penyakit. Selepas itu, beliau telah meminta insentif dari MARA untuk memulakan perniagaan lori sendiri.

Sebagai usahanwan, beliau mengembangkan perniagaannya secara berterusan dengan  membeli rumah kedai yang pertama melalui perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA). Seterusnya, beliau menubuhkan sebuah syarikat iaitu Syarikat Shah sebagai pembekal beras kepada pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan Sergam Sdn Bhd. Dengan ini, beliau telah menyifatkan kejayaannya apabila kerajaan melaksanakan Dasa Ekonomi Baru (DEB).

Sehingga hari ini, beliau telah mempunyai sebuah empayar perniagaan yang kukuh dan besar. Empayar perniagaannya meliputi MMC Corporation Berhad, Bernas, Gardenia, DRB-Hicom, Bank Muamalat dan sebagainya. Beliau telah mempunyai harta bernilai RM8.84 billion pada tahun 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada tahun 2005 hingga 2011. Menurut majalah Forbes, beliau orang ke-32 terkaya di Asia Tenggara.

Sumbangan sosial
Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

Bagaimana sumbangan sosialnya bermula?

Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

Sebagai “Jutawan Dermawan”, sifat murni dipupuk oleh ibunya sejak kecil. Beliau selalunya rendah diri dan membantu kalangan miskin. Oleh itu, beliau seorang usahawan yang berjaya dan dihormati oleh kalangan masyarakat. Beliau pernah kata “ibu saya mengajar kami bahawa kita tidak memiliki apa-apa sehinggalah kita memberinya dengan sepenuh hati, dengan harapan ia akan membuakant hidup orang lain menjadi lebih baik”.










1 条评论:

  1. Casino Nights | Jtm Hub
    The JTM-BONUS® casino 충주 출장샵 app 경기도 출장안마 and desktop app is now available 대전광역 출장안마 in every 보령 출장샵 device on the Google Play 속초 출장안마 Store, with mobile gaming apps available in Android, iOS,

    回复删除