2014年10月6日星期一

Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun

Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun

Nama : Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun
Tempat lahir : Batu pahat, Johor
Tahun lahir : 1952
Anak keempat daripada lapan beradik
ke-9 terkaya di Malaysia
Antara syarikat miliknya : Berjaya Group, Sports Toto Berhad, Kilang Inokom, 7-eleven, Starbucks dan sebagainya.



Sebab Memilih Beliau Untuk Blog Saya

Saya memilih beliau disebabkan beliau seorang usahawan yang berpandangan jauh. Ini dapat dibuktikan beliau membawa Starbucks ke pasaran Malaysia pada masa ekonomi meleset. Di samping itu, beliau tidak mudah berputus asa apabila menghadapi masalah seperti beliau terus menulis kepada McDonald's selama 7 tahun untuk mendapatkan lesen francais. Semangat yang padanya patut dipelajari oleh kita. Beliau juga seorang usahawan yang selalu melakukan tanggungjawab sosial seperti menubuhkan Yayasan Better Malaysia dan berjanji terus usahanya selepas pesaraannya.

Proses Pembangunan Perniagaan

Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun dilahirkan pada tahun 1952 di Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan anak keempat daripada lapan beradik. Beliau mula bekerja selepas tamat sekolah. Pekerjaan yang pertama ialan sebagai kerani di United Malayan Banking Corpaoration (UNBC) sambil menjadi ajen insurans separuh masa untuk American International Insurance(AIA). 

Pada tahun 1972. dia bekerja sepenuh masa dalam bidang insurans disebabkan hasil lumayan yang tinggi. Beliau telah menjadi penyelia agensi AIA yang paling muda ketika 21 tahun. Selapas menabung sedikit modal, beliau ingin memulakan perniagaan sendiri. Pada masa yang sama, beliau mendapati restoran McDonald's mempunyai potensinya dan seterusnya menulis kepada ibu pejabat restoran tersebut di Chicago. beliau terus berbuat demikian selama tujuh tahun sehingga membawa restoran itu ke Malaysia. 

Pada tahun 1983, beliau telah meluaskan perniagaannya ke dalam bidang lain. Beliau membuat keputusan untuk mengambil alih sebuah syarikat iaitu Berjaya-kawat dan nama syarikat “Berjaya" telah diguna sehingga hari ini. Selepas ini, beliau melibatkan syarikatnya dalam pelbagai bidang seperti pembangunan hartanah, telekomunikasi, khidmat perhotelan dan internet, insurans dan sebagainya.


Pada tahun 1985, beliau membeli Sports Toto di peringkat awal projek penswastaan oleh kerajaan. Dengan ini, Sports Toto telah mendapat lesen yang sah daripada pihak kerajaan dan mengukuhkan tempatnya di dalam perniagaan perjudian. Beliau juga menfokus dalam pengambilan lesen daripada francaisor luar negara. Salah satu ialah 7-eleven. Beliau telah berjaya membawa 7-eleven dari Jepun masuk ke pasaran Malaysia. Di bawah pengurusannya, cawangan 7-eleven diluaskan sehingga 1250 buah pada tahun 2012 di Malaysia.


Beliau merupakan seorang usahawan yang berpandangan jauh. Hal ini kerana beliau membawa Starbucks ke Malaysia apabila kemelesetan ekonomi berlaku pada tahun 1998. Ramai orang anggap beliau membuat keputusan yang salah pada masa itu. Walaubagaimanapun, keputusan yang diambil oleh Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun telah dibuktikan pada masa terkini kerana cawangan Starbucks berkembang lebih daripada 150 buah di seluruh Malaysia.


Pesaraan

Pada tahun 2012, beliau telah mengumumkan beliau bersara dan jawatan Ketua Pengawai Eksekutif(CEO) kepada anak sulungnya Datuk Robin Tan Yeong Ching. Beliau juga menderma sebanyak RM 600 juta kepada Yayasan Better Malaysia untuk membantu kalangan yang kurang nasib. Selepas bersara, beliau akan menitikberatkan sumbangan kepada masyarakat. Beliau juga berjanji akan menderma 70%- 80% dari hartanya. 

没有评论:

发表评论